Thursday 4 December 2008

Pantai Punggur

Seperti biasa berehat menghilangkan penat. Kali ini di Pantai Punggur lima belas minit perjalanan menghala ke Pontian dari Kolej Kediaman Melewar melalui Kg. Parit Sempadan. Seperti biasa pantai-pantai di Johor yang menghadap Selat Melaka tidaklah begitu menarik sekiranya hendak dibandingkan dengan Pantai Desaru dan Mersing yang menghadap Laut Cina Selatan,:-) tetapi ia juga menjadi pusat rekreasi yang baik bagi penduduk yang berada berdekatannya.


Selain dari menikmati pemandangan yang menarik di tepi pantai,pengunjung juga boleh menikmatinya dengan menjamu selera digerai masakan yang terletak disebelahnya. Datanglah ke sini apabila berkesempatan ;)

No comments:

Post a Comment